INSIDEN helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang. FOTO Arkib NSTP
INSIDEN helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang. FOTO Arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Polis sudah merakam tujuh saksi dan mengenal pasti 20 saksi lain untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung insiden helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa dilakukan pada jam 9 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM)

"Proses bedah siasat diketuai Prof Dr Faridah Mohd Nor di Unit Patologi Forensik, Jabatan Patalogi HCTM.

"Bedah siasat dilakukan dahulu ke atas mayat Komander (B) Mohamamed Sabri Baharom, 56, (juruterbang) diikuti mayat, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, (penumpang)," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Mohamad Farouk berkata, bedah siasat pertama selesai pada jam 11 pagi manakala bedah siasat mangsa kedua selesai pada jam 1 tengahari.

"Keputusan penuh hasil bedah siasat akan dikemukakan selepas mendapat laporan penuh makmal. Kedua-dua jenazah kemudian diserahkan kepada waris masing-masing untuk dikebumikan," katanya.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan tidak menyebarkan video atau gambar berkaitan insiden di media sosial bagi mengelakkan spekulasi dan komen yang tidak wajar serta mengganggu siasatan.

"Pihak Polis Ampang Jaya juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan atau menghubungi talian telefon 03-4289 7343 atau 03-4289 7344 untuk menyalurkan maklumat," katanya.

Dalam kejadian jam 11.44 pagi semalam, helikopter dinaiki kedua-dua mangsa terhempas di Taman Melawati, Ampang.

Berita berkaitan

Nahas helikopter: Polis rakam keterangan 7 saksi

Nahas helikopter: 'Angah' tak pernah mengeluh jaga ibu

Nahas helikopter: Allahyarham Mohd Sabri selamat dikebumikan

Nahas helikopter: Jenazah Mohd Sabri akan dikebumikan di Batu Caves

'Bawak molek heli tu..' - Bapa Mohd Irfan Fikri

2 Helikopter tiada kotak hitam

Bangkai helikopter dibawa ke SAS Subang

Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga nahas helikopter

'(Arwah) Dalam beg, tak bagi tengok'

Ekor helikopter patah sebelum terhempas

Shira terkejut, ingatkan bunyi bom dan tanah runtuh

Nahas helikopter: Mangsa terselamat enggan diganggu

Helikopter jalani latihan penerbangan [METROTV]

Nahas helikopter: MOT akan jalankan siasatan teknikal [METROTV]

'Saya cam tangan dan jam arwah adik' [METROTV]

[UPDATE]: Mangsa nahas helikopter dikenal pasti [METROTV]

[UPDATE] Helikopter terhempas ketika ujian penerbangan [METROTV]

2 maut helikopter terhempas [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2020 @ 5:58 PM