SALAH sebuah helikopter yang bertembung dan terhempas di periksa oleh pasukan teknikal penerbangan di Jalan Melawati. FOTO arkib NSTP
SALAH sebuah helikopter yang bertembung dan terhempas di periksa oleh pasukan teknikal penerbangan di Jalan Melawati. FOTO arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Ampang Jaya: Seramai 21 saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung nahas helikopter di Taman Melawati di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihak forensik dari Bukit Aman juga melakukan pemeriksaan lanjut ke atas bangkai helikopter yang terhempas.

"Semua saksi berkenaan dipanggil memberi keterangan bagi membantu melengkapkan siasatan laporan mati mengejut (SDR).

"Orang ramai juga dinasihatkan tidak mengedarkan video atau gambar berkaitan insiden di media sosial, bagi mengelakkan spekulasi dan komen yang tidak wajar serta mengganggu siasatan," katanya.

Ahad lalu, jurulatih penerbangan, Komander (B) Mohamad Sabri Baharom dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, meninggal dunia selepas helikopter dinaiki mereka terhempas di Jalan Melawati, Ampang pada 11.30 pagi.

Helikopter jenis G2CA itu dipercayai dalam penerbangan latihan dari Subang menuju ke Genting Sempah.

Kejadian itu juga mengakibatkan dua lagi penumpang yang menaiki helikopter berasingan selamat dikenali sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 51.

Kemalangan itu akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan.

Berita berkaitan

Nahas helikopter: My Heli Club minta hentikan spekulasi tidak tepat

'Ayah hubungi ibu 9 kali namun...' - Anak mangsa

Jangan sebarkan video helikopter terhempas di media sosial

Nahas helikopter: Polis rakam keterangan 7 saksi

Nahas helikopter: 'Angah' tak pernah mengeluh jaga ibu

Nahas helikopter: Allahyarham Mohd Sabri selamat dikebumikan [METROTV]

Nahas helikopter: Jenazah Mohd Sabri akan dikebumikan di Batu Caves [METROTV]

'Bawak molek heli tu..' - Bapa Mohd Irfan Fikri

2 Helikopter tiada kotak hitam

Bangkai helikopter dibawa ke SAS Subang

Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga nahas helikopter

'(Arwah) Dalam beg, tak bagi tengok'

Ekor helikopter patah sebelum terhempas

Shira terkejut, ingatkan bunyi bom dan tanah runtuh

Nahas helikopter: Mangsa terselamat enggan diganggu

Helikopter jalani latihan penerbangan [METROTV]

Nahas helikopter: MOT akan jalankan siasatan teknikal [METROTV]

'Saya cam tangan dan jam arwah adik' [METROTV]

[UPDATE]: Mangsa nahas helikopter dikenal pasti [METROTV]

[UPDATE] Helikopter terhempas ketika ujian penerbangan [METROTV]

2 maut helikopter terhempas [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2020 @ 4:28 PM