T N Alagesh


Kuantan: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Abdul Aziz di Indera Mahkota di sini, selepas dua jam mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini.

Muhyiddin yang dilihat masuk ke istana berkenaan pada 4.40 petang, dilihat keluar pada 7. 10 malam ini tanpa memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media yang berada di kawasan pintu pagar masuk istana.

Sebelum itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang antara yang turut kelihatan memasuki istana.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atau empat Menteri Kanan turut sama mengadap Agong.

Rombongan Perdana Menteri dijadualkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan malam ini.

ROMBONGAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota jam 7.15 petang selepas mengadap Yang di-Pertuan  Agong. FOTO Mustaffa Kamal
ROMBONGAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota jam 7.15 petang selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong. FOTO Mustaffa Kamal

Berita berkaitan

  • PM mengadap Agong di Kuantan [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 7:53 PM