Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. FOTO Arkib NSTP
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. FOTO Arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) hari ini meluluskan Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung bagi 2020-2039.

Ia juga membincangkan hala tuju Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang meliputi pindaan kepada definisi TBB serta penetapan sasaran TBB bagi 2025 dan 2035.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, keputusan mesyuarat akan diangkat untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum sebarang pengumuman terperinci mengenainya dibuat.

"Mesyuarat ini penting dan membabitkan pegawai Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Tenaga Nasional Berhad(TNB) dan pegawai dari Jabatan Single Buyer.

"Ia turut disertai secara virtual oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Petronas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 10:51 PM