NIK EZANEE MOHD FAISAL
NIK EZANEE MOHD FAISAL
Raja Noraina Raja Rahim

Petaling Jaya: Seramai 49 individu dikenakan kompaun kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya melakukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP di premis perniagaan, pusat hiburan dan kawasan tumpuan ramai.

"Dalam operasi itu, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun di sebuah premis di Mutiara Damansara, di sini, kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.

"Manakala 48 lagi individu dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tindakan diambil mengikut Peraturan 10 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Katanya, orang ramai diingatkan mematuhi SOP PKPP dan memberi kerjasama kepada anggota polis yang menjalankan tugas bagi mengawal penularan pandemik Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2020 @ 5:54 PM