GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Subang Jaya: Dua pengawal keselamatan warganegara Nepal berdepan detik cemas apabila dirompak dua lelaki menggunakan parang di kawasan perumahan Sri Hartamas, semalam

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 6 pagi.

"Ketika kejadian, mangsa berada di pondok keselamatan perumahan berkenaan dan didatangi suspek yang menunggang motosikal.

"Mangsa meminta suspek mendaftarkan butiran peribadi, namun tiba-tiba seorang daripada suspek mengeluarkan parang dan merampas telefon pintar serta wang tunai milik mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, suspek cuba untuk mencederakan mangsa menggunakan parang namun gagal.

"Polis sudah mengenalpasti kedua-dua suspek ini dan akan melakukan tangkapan dalam masa terdekat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 8:52 PM