Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur melupuskan pelbagai jenis dadah membabitkan siasatan sejak 30 tahun lalu yang bernilai RM9.91 juta hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pelupusan dadah itu membabitkan 5,251 kertas siasatan yang telah selesai proses perbicaraan bermula tahun 1988 hingga 2018.

"Dadah yang dilupuskan terdiri daripada ganja, methamphetamin, heroin, ketamin dan pelbagai jenis dadah sintetik.

"Semua dadah itu dilupuskan menggunakan khidmat syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd dan ini merupakan kali ke lima kita berkoloborasi dengan syarikat tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kualiti Alam Sekitar Mohd Norsuradi Man berkata, pihaknya akan melupuskan 100 tan dadah setiap hari.

"Kita menggunakan loji penunuan yang menghasilkan tenaga hijau sekali gus mampu bekalkan elektrik kepada 9,000 rumah dalam satu masa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 2:47 PM
SAIFUL Azly (depan, kanan) bersama Mohd Norsuradi (depan, kiri) ketika Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah. FOTO Shahmi Imran
SAIFUL Azly (depan, kanan) bersama Mohd Norsuradi (depan, kiri) ketika Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah. FOTO Shahmi Imran