Gambar hiasan sungai tercemar di Kuala Lumpur. FOTO Shahmi Imran.
Gambar hiasan sungai tercemar di Kuala Lumpur. FOTO Shahmi Imran.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebagai langkah meningkatkan kadar denda maksimum bagi kes pencemaran air di samping memastikan pendekatan itu bersifat pencegahan, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) akan dibentang untuk dipinda di Dewan Negara, tahun depan.

Timbalan Menteri Alam Sekitar Dan Air Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, jumlah denda maksimum dan minimum masih dimuktamadkan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pemegang taruh dan pakar alam sekitar.

"Di bawah AKAS 1974, bagi kesalahan berkaitan pencemaran air, denda maksimum boleh dikenakan sebanyak RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Masrizal berkata, pembangunan premis yang beroperasi berhampiran sungai perlu diberi perhatian serius bagi mencegah berlakunya pencemaran yang boleh menyebabkan terhentinya bekalan air bersih kepada rakyat.

Justeru, katanya, daripada aspek penguatkuasaan melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan terus dipertingkatkan dengan memeriksa punca pencemar termasuk kilang, loji kumbahan, bengkel dan lain-lain terutamanya yang terletak di hulu loji rawatan air.

"Operasi secara besar-besaran dengan kerjasama daripada pelbagai agensi penguat kuasa mengikut bidang kuasa masing-masing akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pemeriksaan punca pencemar," katanya.

Berita berkaitan:

  • https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/619070/pencemaran-sungai-gong-reman-empat-beradik-disambung
  • Saman... jangan tak saman! Menyusahkan rakyat
  • Pencemaran Sungai Gong perbuatan tidak bertanggungjawab: Agong
  • Pencemaran Sungai Gong: Polis sedang kenal pasti siapa lepaskan pelarut
  • Kilang haram penyebab pencemaran sungai sudah beroperasi 6 tahun
  • Pencemaran sungai: Akta 171 perlu dipinda
  • Pelaku pencemaran boleh didenda RM500,000, penjara 10 tahun
  • CAKE sedia bantu penduduk Lembah Klang saman pemilik kilang
  • SPAN heret empat pengurus kilang 'jahat'
  • Pemilik kilang punca air tercemar diarah kosong dan pulihkan tanah
  • Selangor perlu tegas tangani pencemaran air
  • Pencemaran air: 4 beradik disiasat melakukan khianat
  • Polis tubuh pasukan khas siasat pencemaran sungai
  • Hukuman lebih berat
  • Punca pencemaran Sungai Gong dikenal pasti
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 4:07 PM