ABDUL Rahman (kiri) dan Bung Moktar. FOTO arkib NSTP
ABDUL Rahman (kiri) dan Bung Moktar. FOTO arkib NSTP
Rafiqah Dahali


AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sudah berdamai dengan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin demi memberi keutamaan memenangi Pilihan Raya Umum (PRN) Sabah.

Beliau dalam satu kenyataan di Facebook (FB) hari ini berkata, perbezaan pendapat adalah lumrah politik namun pada masa yang sama pihaknya juga perlu membahagi isu.

"Benar, ada masa untuk berbalah. Tetapi sekarang adalah masa untuk memenangkan BN dan rakan-rakannya dalam pilihan raya negeri. Ketika ini, itu lebih mustahak.

"Perbezaan pendapat masih boleh dan perlu diurus serta dibincangkan di masa akan datang kerana proses itu tidak terkekang oleh had masa.

"PRN pula ada had masa dan perlu diberi keutamaan. 26 September ini adalah tarikh pilihan raya dan ia tidak boleh ditangguh," katanya.

Beliau berkata, selaku ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Tuaran, beliau bertanggungjawab kepada parti dan ahli untuk memastikan BN dan rakan menang dalam PRN.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 9:58 PM