UNIMAS
UNIMAS
Mohd Roji Kawi


UNIVERSITI Malaysia Sarawak (UNIMAS) belum membuat keputusan berhubung penangguhan tarikh kemasukan pelajar di universiti berkenaan berikutan pandemik Covid-19.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohd Kadim Suaidi berkata, ketika ini pihaknya kekal dengan jadual asal kemasukan pelajar Oktober ini.

Beliau berkata, ia membabitkan program prasiswazah baharu serta pelajar sedia ada pada Semester 1, Sesi 2020/2021.

"Sesi kemasukan pelajar-pelajar tahun pertama programprasiswazah UNIMAS masih diteruskan mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 8 Oktober depan.

"Tarikh kemasukan bagi pelajar baharu Pra-Universiti UNIMAS pula adalah pada 1 hingga 5 September dan bagi pelajar-pelajar siswazah (secara kerja kursus) adalah pada 7 hingga 9 Oktober depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung penangguhan kemasukan pelajar Universiti Awam di Kedah dan Sarawak berikutan pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, Mohd Kadim berkata, pelajar semasa UNIMAS pula akan memulakan sesi pembelajaran pada 12 Oktober 2020 menggunakan sistem pembelajaran atas talian sepenuhnya.

"Saya juga ingin memaklumkan bahawa UNIMAS sentiasa mengambil berat soal kebajikan pelajar dan akan terus memantau perkembangan situasi terkini.

"Kementerian Pengajian Tinggi turut memaklumkan bahawa pendaftaran pelajar hanya akan ditunda sekiranya berlaku peningkatan kes penularan wabak Covid-19," katanya.

Beliau berkata, sebarang keputusan selanjutnya akan diumumkan kemudian tertakluk kepada perubahan arahan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Justeru, ibu bapa atau pelajar boleh mendapatkan perkembangan lanjut dari Pusat Pengajian Pra-Universiti: E-mel ke [email protected] atau hubungi 082-582331/ 082-582332/ 082-582333 (Isnin – Jumaat, 8 pagi – 5 petang).

Sebarang pertanyaan berhubung perkara berkaitan juga boleh diakukan kepada Bahagian Pengajian Prasiswazah: E-mel ke [email protected] atau hubungi 082-581166 atau Pusat Pengajian Siswazah e-mel ke [email protected] atau hubungi 082-581053.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2020 @ 1:07 PM