NOR Aini dan suaminya, Syed Khairul. FOTO Ihsan Keluarga
NOR Aini dan suaminya, Syed Khairul. FOTO Ihsan Keluarga
Ahmad Ismail


"ARWAH adik sempat menghantar kek coklat yang dibuat sendiri untuk keluarga di Felda Medoi petang semalam," kata abang Nor Aini Mohd Zeke, 19, seorang daripada tiga individu yang rentung dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Genuang-Tenang dekat Kampung Melayu Raya, Segamat malam tadi.

Muhamad Rizal Mohd Zeke, 29 berkata, adiknya ke pulang ke rumah keluarga bersama suaminya Syed Khairul Anuar Syed Sabtu, 41, untuk menghantar kek coklat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mereka berdua tidak sempat bertemu kesemua ahli keluarga sebelum bergegas pulang ke Felda Redong.

"Walaupun sudah berumah tangga, arwah adik dan suaminya akan menghantar makanan hampir setiap hari kepada keluarga di Felda Medoi yang terletak kira-kira 35 kilometer dari kediaman mereka.

"Arwah memang rajin menghantar makanan untuk keluarga.

"Kami reda dengan ujian Allah, dan amat merasai kehilangan mereka berdua yang sangat ringan tangan menyediakan hidangan untuk keluarga tanpa diminta dan mengira waktu," katanya ketika ditemui hari ini.

KEADAAN kereta Proton Saga dinaiki pasangan suami isteri yang hangus terbakar.
KEADAAN kereta Proton Saga dinaiki pasangan suami isteri yang hangus terbakar.

Pasangan suami isteri itu antara tiga mangsa rentung selepas Proton Saga dinaiki terbakar dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan pada jam 10.47 malam tadi.

Turut rentung pemandu Honda Accord, yang juga kontraktor Lim Poo Yong, 30.

Muhamad Rizal berkata, arwah adik dan suaminya tidak memaklumkan kepada keluarga arah tujuan mereka selepas pulang dari Felda Medoi.

"Kami amat terkejut apabila menerima panggilan daripada pihak polis yang memaklumkan kejadian berkenaan kira-kira 3 pagi," katanya.

Menurutnya, adik bongsu dari enam adik beradik itu mendirikan rumah tangga awal tahun lalu dan belum dikurniakan zuriat.

Katanya, jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad di Felda Redong.

Berita berkaitan

Tiga rentung dalam kemalangan lima kenderaan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2020 @ 3:52 PM