AFFENDI. FOTO Arkib NSTP
AFFENDI. FOTO Arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

KENYATAAN dikeluarkan menerusi dua video yang tular di media sosial oleh Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut disifatkan sebagai keterlaluan dan mengguris hati warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang bagaimanapun berkata, ATM mengambil pendekatan menerima permohonan maaf Asri Janggut yang disiarkan di media sosial pada 12 Ogos lalu.

"Sebagai seorang manusia biasa, sememangnya kita tidak terkecuali melakukan kesilapan.

"Semoga apa yang berlaku dapat dijadikan sebagai satu pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia supaya sentiasa peka dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau pendapat dan fakta yang boleh mencetuskan sebarang polemik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ATM berharap supaya perkara seumpama ini tidak akan berulang di masa mendatang dan menyeru masyarakat untuk tidak membangkitkan lagi perkara itu di khalayak umum bagi menjaga keharmonian semua.

"Sesungguhnya, memaafkan kesalahan orang lain itu adalah dituntut dalam agama Islam kerana Islam adalah agama perdamaian dan kemaafan.

"Ketahuilah bahawa apabila memaafkan orang lain bukan sahaja membuatkan hati si pesalah tadi berasa tenang, tetapi Allah SWT turut akan menurunkan ketenangan itu kepada orang yang memaafkan," katanya.

Berita berkaitan

Sukar dapat lesen - Peniaga

Polis tak jaga solat: Asri Janggut dipanggil ke Bukit Aman esok

Notis pindah 24 jam MBSA tidak masuk akal - Peniaga

Jadikan pembanterasan aktiviti perjudian agenda nasional

Bantu PDRM tangani jenayah - KPN

Penolong pegawai penguatkuasa MBSA direman [METROTV]

Tubuh Jawatankuasa Bertindak bantu peniaga

Operasi MBSA seperti 'balas dendam'

Kesal gerai peniaga kecil di Sungai Buloh diroboh

'Tawar gerai tapi dia tolak' - MBSA

Tiada kompromi elemen gengsterisme - KPN

'Ini penghinaan kepada penjawat awam'

Rombakan IPD Sungai Buloh selepas siasatan selesai...

Operasi 'bersihkan' perniagaan haram di Bandar Baru Sungai Buloh

Ulasan Asri Janggut polis tak solat cetus kontroversi [METROTV]

4 penguat kuasa MBSA, penjual rokok seludup direman seminggu [METROTV]

Wang pelincir makan bulan

Seorang lagi penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

Video Asri Janggut: 'Berani buat, beranilah tanggung' - KP Selangor

Video Asri Janggut: Akan ada penguat kuasa agensi lain ditahan [METROTV]

Video Asri Janggut: Polis kumpul bukti pegawai lindungi sindiket judi

MBSA tidak akan melindungi kakitangan tidak berintegriti

Penangan video Asri Janggut, tiga penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

Kita akan pastikan peraturan ditegakkan - Datuk Bandar Shah Alam

Bukit Aman dapat maklumat polis lindungi premis judi

Siasatan bukan untuk hukum Mohd Asri - Hamzah

'Keselamatan Asri Janggut perlu dijaga' - Pemuda UMNO

Cemburu bila kami kena tindakan, orang lain tidak - Asri Janggut

NGO desak polis siasat anggota 'curang'

Asri Janggut dakwa 'ayahanda' tak puas hati [METROTV]

Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN - Hamzah Zainuddin [METROTV]

Saya dengar sendiri penjelasan beliau - KPN

Asri Janggut dah jumpa KPN

Saya serah 100 peratus kepada Allah - Asri Janggut

Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat

SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh

'Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ' - peniaga burger [METROTV]

'Bagus, ada orang berani, ikhlas...' - KPN

Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2020 @ 7:17 PM