ANGGOTA Tentera Lubnan di lokasi letupan pelabuhan. FOTO AFP
ANGGOTA Tentera Lubnan di lokasi letupan pelabuhan. FOTO AFP
Mahaizura Abd Malik


TIADA rakyat Malaysia disahkan terbabit dalam kejadian letupan yang meragut puluhan nyawa di Beirut, Lubnan, malam tadi.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan, semua rakyat Malaysia yang berada di negara itu selamat.

"Laporan awal daripada Perwakilan Malaysia di Beirut, semua rakyat Malaysia di sana selamat dan dinasihatkan kekal berada di rumah masing-masing.

"Malaysia turut bersedih dan sentiasa mendoakan rakyat Lubnan yang kita percaya amat tabah mendepani ujian ini.

"InsyaAllah Malaysia akan bantu apa saja yang terdaya," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang Selasa (waktu tempatan), dua letupan kuat menggegarkan Beirut hingga mengakibatkan kira-kira 73 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 3,700 lagi dilaporkan cedera.

Letupan dipercayai berlaku di pelabuhan yang mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu, malah kerosakan pada beberapa bangunan lain berhampiran.

Berita berkaitan:

  • Ammonium nitrat punca letupan Lubnan
  • Lubnan akan cari dalang letupan
  • Letupan Lubnan: Pemimpin dunia rakam takziah
  • Letupan Lubnan, 'serangan mengerikan' - Trump

  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 12:34 PM