DUA lelaki melihat kemusnahan pelabuhan Beirut dari bangunan yang turut megalami kerosakan akibat letupan pelabuhan itu. FOTO AFP
DUA lelaki melihat kemusnahan pelabuhan Beirut dari bangunan yang turut megalami kerosakan akibat letupan pelabuhan itu. FOTO AFP
Mahaizura Abd Malik


MALAYSIA menyalurkan bantuan kemanusiaan berjumlah RM1 juta kepada rakyat Lubnan yang terkesan dalam tragedi letupan di Pelabuhan Beirut, petang Selasa lalu (waktu tempatan).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumbangan itu akan disalurkan menerusi Pertubuhan Palang Merah Lubnan (LRC).

"Kerajaan dan rakyat Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Lubnan dalam tragedi di Pelabuhan Beirut hingga mengakibatkan kemusnahan besar berlaku di negara itu.

"Kami berkongsi kesedihan dan penderitaan dengan saudara kami di Lubnan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia yakin dan percaya rakyat Lubnan mampu mengatasi impak tragedi dalam meneruskan kehidupan dengan kekuatan semangat serta perpaduan berterusan.

"Kerajaan dan rakyat Malaysia menghulurkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang.

"Kepada yang tercedera, kami juga mendoakan mereka cepat sembuh," katanya.

Selasa lalu, letupan dahsyat berlaku di sebuah gudang di Pelabuhan Beirut mengorbankan 154 nyawa manakala kira-kira 5,000 mangsa lagi cedera.

Kejadian dilaporkan berpunca daripada nyalaan api yang membakar 2,750 tan gas ammonium nitrat yang disimpan dalam gudang pelabuhan itu.

Sehingga kini, masih ramai mangsa dilaporkan hilang di bawah runtuhan selain lebih 300,000 penduduk kehilangan tempat tinggal akibat kemusnahan berkenaan.

Berita berkaitan:

  • Presiden Lubnan tolak siasatan antarabangsa
  • 19 ditahan
  • 'Gegaran' hari bahagia
  • 24 jam dalam runtuhan batu
  • Tabahlah Lubnan
  • 16 kakitangan pelabuhan ditahan
  • Bantuan antarabangsa tiba di Lubnan
  • Letupan Lubnan. Angka korban meningkat 113 orang
  • Ammonium nitrat punca letupan Lubnan
  • Lubnan akan cari dalang letupan
  • Letupan Lubnan: Pemimpin dunia rakam takziah
  • Letupan Lubnan, 'serangan mengerikan' - Trump
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 6:34 PM