POLIS mengeluarkan 26 kompaun terhadap orang awam yang gagal memakai pelitup muka di pantai awam Batu Layar, Bayu Damai, Kota Tinggi. FOTO Ihsan Polis Johor
POLIS mengeluarkan 26 kompaun terhadap orang awam yang gagal memakai pelitup muka di pantai awam Batu Layar, Bayu Damai, Kota Tinggi. FOTO Ihsan Polis Johor
Nurul Amanina Suhaini

POLIS mengeluarkan 26 kompaun terhadap orang awam yang gagal memakai pelitup muka di pantai awam Batu Layar, Bayu Damai, Kota Tinggi, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, operasi pemantauan dijalankan sepasukan polis Task Force Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, dari jam 3 hingga 5 petang tadi.

"Ketika operasi dijalankan, mendapati kesemua mereka gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditetapkan untuk mencegah penularan pandemik wabak Covid-19 dalam penggunaan separuh pelitup muka.

"Kesemua mereka sudah dimaklumkan mengenai kesalahan itu sebelum kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan mengikut perkara 10, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB)(No 7) 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Tinggi memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi dengan individu yang melanggar SOP yang sudah ditetapkan, terutama penggunaan separuh pelitup muka di tempat awam.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 9:15 PM