KANAK-KANAK perempuan berusia enam tahun berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan pihak Hospital Baling selepas lidahnya tersepit botol. FOTO IHSAN BOMBA.
KANAK-KANAK perempuan berusia enam tahun berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan pihak Hospital Baling selepas lidahnya tersepit botol. FOTO IHSAN BOMBA.
Safuri Kamarudin

KANAK-KANAK perempuan berusia enam tahun terpaksa mendapatkan bantuan bomba selepas lidahnya tersangkut pada botol air pada petang hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.50 petang dari Hospital Baling (HB) mengenai kejadian itu.

Menurutnya, setibanya pasukan yang melakukan operasi khidmat khas di hospital mendapati lidah kanak-kanak itu tersangkut pada corong botol air.

"Anggota terpaksa memotong menggunakan peralatan khas dan botol berjaya mengeluarkan lidah kanak-kanak itu dengan bantuan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, anggotanya mengambil masa 28 minit mengeluarkan lidah mangsa.

"Mangsa tidak cedera teruk dan dia dibenarkan pulang selepas itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 8:33 PM