JENAZAH Allahyarham Laskar Kelas 1 TMK Muhammad Arif tiba di Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar untuk dikebumikan. FOTO Amir Mamat
JENAZAH Allahyarham Laskar Kelas 1 TMK Muhammad Arif tiba di Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar untuk dikebumikan. FOTO Amir Mamat
Amir Mamat

JENAZAH Allahyarham Laskar Kelas 1 TMK Muhammad Arif Idris tiba di Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar di Melaka, untuk dikebumikan.

Jenazah yang dibawa menggunakan van milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu tiba jam 3.45 petang dan disambut kira-kira 20 anggota TLDM.

Kira-kira 200 ahli keluarga, sahabat handai serta penduduk Kampung Persiaran Balik Buluh, Klebang Besar hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Terdahulu, jenazah Muhammad Arif bersama Allahyarham Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan, 26, diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, jam 9.45 pagi tadi, ke kampung halaman masing-masing, menggunakan pesawat C130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mereka antara tiga yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Ranau-Kota Kinabalu, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2020 @ 4:28 PM