ANGGOTA bomba sedang melakukan operasi pemadamana di tiga rumah yang terbakar di Persiaran Pegoh, Taman Pengkalan Jaya, Ipoh. FOTO Ihsan JBPM Perak
ANGGOTA bomba sedang melakukan operasi pemadamana di tiga rumah yang terbakar di Persiaran Pegoh, Taman Pengkalan Jaya, Ipoh. FOTO Ihsan JBPM Perak
Balqis Jazimah Zahari

TIGA rumah di Persiaran Pegoh, Taman Pengkalan Jaya di Ipoh musnah dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Pasir Puteh menerima panggilan berhubung kebakaran itu jam 9.32 pagi sebelum pasukan dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya jentera bersama anggota di lokasi kejadian, didapati kebakaran membabitkan tiga rumah.

"Satu daripada rumah 100 peratus terbakar dan kereta jenis Perodua Axia juga musnah. Manakala, dua lagi rumah hanya 30 peratus terbakar di bahagian bumbung," katanya.

Katanya, dalam kebakaran itu, seorang mangsa turut melecur namun hanya kecederaan ringan dilaporkan.

Tambahnya, operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya jam 10.35 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 1:51 PM