ANTARA suspek yang diburu polis. FOTO ihsan polis
ANTARA suspek yang diburu polis. FOTO ihsan polis
Ruwaida Md Zain


POLIS giat memburu 10 suspek bagi membantu siasatan membabitkan kes bunuh, samun bersenjata serta cubaan samun di daerah Klang Selatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, semua yang diburu adalah lelaki warga tempatan berumur lingkungan 21 hingga 39 tahun.

"Polis Daerah Klang Selatan sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan dalam beberapa kes jenayah dalam daerah Klang Selatan.

"Empat diburu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah L Satiya Seelan yang beralamat di Kuala Lumpur, Ahmad Harith NG Abdullah (Klang), R Darnesh (Cyberjaya) dan Tan Jiin Yeng (Pelabuhan Klang).

SUSPEK yang diburu polis daerah Klang Selatan. FOTO ihsan polis
SUSPEK yang diburu polis daerah Klang Selatan. FOTO ihsan polis

"Sementara itu, empat suspek mengikut Seksyen 395/397 ialah Ahmad Zuhdi Kadzar beralamat Klang, M Buginiasvaran (Rawang), Megat Irawan Ruslen (Tuaran, Sabah) dan Nazri Al Majid (Klang).

"Dua lagi suspek, Mohd Fadzil Mustapha beralamat di Sungkai, Perak dan Haikal Adznan dari Klang masing-masing mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SUSPEK diburu bagi membantu siasatan kes jenayah. FOTO ihsan polis
SUSPEK diburu bagi membantu siasatan kes jenayah. FOTO ihsan polis

Shamsul Amar berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung

suspek terbabit boleh disalurkan terus dengan menghubungi Asisten Superintendan Sukri Ayob di talian 012-5586363 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 10:49 AM