Suspek lelaki berusia 39 tahun menjalani ujian pernafasan sejurus ditahan polis trafik dalam Op Mabuk di Jalan Pantai Tengah, Langkawi. FOTO IHSAN POLIS
Suspek lelaki berusia 39 tahun menjalani ujian pernafasan sejurus ditahan polis trafik dalam Op Mabuk di Jalan Pantai Tengah, Langkawi. FOTO IHSAN POLIS
Hamzah Osman


SIKAP degil dua individu termasuk wanita yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk mengundang padah apabila ditahan di Jalan Pantai Tengah, Langkawi, semalam.

Mereka antara 35 pengguna jalan raya yang diperiksa dalam operasi dalam Op Mabuk bermula 11 malam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ujian alkohol ke atas dua pemandu berusia 28 dan 39 tahun itu mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.

Suspek wanita berusia 28 tahun menjalani ujian pernafasan sejurus ditahan polis trafik dalam Op Mabuk di Jalan Pantai Tengah, Langkawi. FOTO IHSAN POLIS
Suspek wanita berusia 28 tahun menjalani ujian pernafasan sejurus ditahan polis trafik dalam Op Mabuk di Jalan Pantai Tengah, Langkawi. FOTO IHSAN POLIS

"Siasatan mendapati suspek lelaki bertugas dalam sektor pembinaan, manakala wanita adalah petugas perkhidmatan kesihatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan ke atas dua suspek dibuat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, pada masa sama, sebanyak 24 saman atas pelbagai kesalahan trafik turut dikeluarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2020 @ 12:52 PM