Suliati Asri


MENJELANG Aidilfitri, lagu 'Balik Kampung' dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang dimainkan dicorong radio nyata menggamit hati si anak untuk pulang ke desa meraikan lebaran bersama keluarga tersayang.

Sayunya hati tidak terkata. Bukan hanya dirasai anak di perantauan tetapi juga si ibu dan ayah setia menanti kepulangan anak-anak dengan pelbagai juadah Hari Raya.

Namun, demi menjaga keselamatan bukan saja diri sendiri tetapi seluruh ahli keluarga dan masyarakat, pulang ke desa untuk berhari Raya perlu ditangguhkan dahulu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) sebagai langkah untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Ia sekali gus menjadikan sambutan Aidilfitri tahun ini cukup berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri.

Mengubat hati yang pilu selain memyemarakkan kembali suasana Hari Raya yang penuh kemeriahan, vivo Malaysia tampil dengan filem pendek berjudul #RayaStyleLain seterusnya memberikan mesej motivasi raya kepada masyarakat serta menekankan pentingnya hubungan keluarga.

Menariknya, filem pendek berdurasi lebih kurang tiga minit itu memaparkan telatah dan keriuhan nenek, anak serta cucu dalam membuat persiapan hari raya walau terpaksa menyambut Aidilfitri di rumah masing-masing.

Keriuhan dan karenah nenek, anak serta cucu yang dipertonton seperti keadaan sebenar dirasai di kampung walau hanya dihubungkan dengan teknologi. Secara tidak langsung membuktikan Aidilfitri tetap boleh disambut meriah menerusi kecanggihan teknologi ditambah dengan ciri-ciri hebat telefon pintar vivo membantu menyatukan seisi keluarga.

Ia juga bersesuaian dengan norma baharu masyarakat kini yang mana menjadikan teknologi komunikasi menjadi penghubung silaturahim tatkala PKPB ini. Pendek kata, walaupun raya kali ini berbeza dan berjauhan bersama alhi keluarga, namun sinarnya tetap sama. Aidilfitri masih terang dijiwa.

Menerusi #RayaStyleLain yang sudah ditonton oleh 6.8 juta orang di YouTube dan 3.9 juta di laman Facebook, vivo juga ingin mengingatkan masyarakat bahawa harapan tetap dapat dinyalakan terutamanya apabila kita mengetahui rakan serta keluarga selamat dan sihat. Tonton filem #Raya StyleLain di sini.

Tidak hanya menghiburkan hati yang lara dengan filem pendek #RayaStyleLain, vivo Malaysia menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang ini dengan mengadakan Jualan Terangi Rayamu mulai hari ini sehingga 7 Jun.

Sepanjang tempoh kempen ini juga, vivo Malaysia memberikan hadiah eksekutif kepada pengguna dengan pembelian telefon pintar vivo yang terpilih di kedai luar talian terpilih seperti kedai konsep vivo, peniaga sah dan rakan kerjasama menerusi cabutan bertuah.

Pengguna juga berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000 dengan hadiah utama berupa Perodua Bezza. Hadiah pertama, kedua dan ketiga pula masing-masing menawarkan 100, 20 dan 10 peratus rebat tunai untuk telefon pintar vivo yang terpilih manakala hadiah keempat berupa tunai bernilai RM10.

Selain itu, pengguna juga berpeluang mendapatkan hadiah percuma semasa membeli telefon pintar vivo. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat kempen Terangi Rayamu ini, lawati halaman Facebook dan laman web rasmi vivo.

Peraduan Terangi Rayamu ini juga boleh disertai di kedai luar talian rakan kerjasama vivo antaranya, Senheng / senQ, Tri-E, Thunder Match, Urban Republic, MPS Telecommunication Sdn Bhd, SNS Network Sdn Bhd, Lulu Hypermarket, PC Image, Epic Centre, All IT, AEON, Harvey Norman, Chan Furniture, COURTS, Onking Chain Store, Lionmas dan Darson Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 6:19 PM