Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengagihkan sebanyak 50,000 kit ujian pantas antigen atau 'rapid test kit' untuk menjalankan ujian pengesanan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peralatan itu diagihkan di empat lokasi berasingan.

"Sebanyak 10,000 diagihkan ke Sabah, Sarawak (10,000), Johor (15,000) dan baki 15,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

KIT ujian pantas antigen Covid-19 dari Korea Selatan membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) membuat ujian di klinik, lapangan atau komuniti. FOTO Aizuddin Saad
KIT ujian pantas antigen Covid-19 dari Korea Selatan membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) membuat ujian di klinik, lapangan atau komuniti. FOTO Aizuddin Saad

"Hari ini kita sudah menerima sampel daripada kit ujian pantas antigen itu. Hasilnya akan diperoleh sama ada esok atau hari berikutnya," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, sebanyak 100,000 lagi kit ujian pantas antigen itu dijangka diterima pada hujung minggu ini.

Katanya, petugas kesihatan akan diberi latihan untuk menggunakan kit ujian berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2020 @ 6:40 PM