JOHOR BAHRU 28 APRIL 2020. Kesesakan berlaku di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Skudai-Danga Bay di sini, dipercayai berikutan beberapa sektor tambahan kembali dibenarkan beroperasi semula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).KHIS/MOHD AZREN JAMALUDIN
JOHOR BAHRU 28 APRIL 2020. Kesesakan berlaku di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Skudai-Danga Bay di sini, dipercayai berikutan beberapa sektor tambahan kembali dibenarkan beroperasi semula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).KHIS/MOHD AZREN JAMALUDIN
Mahaizura Abd Malik


ORANG ramai yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri dan tidak mempunyai kemudahan telefon pintar perlu mengisi borang sebelum menghantarnya ke balai polis berdekatan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan, borang 'Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)' perlu dimuat turun di media sosial rasmi PDRM.

"Orang ramai dikehendaki mengisi borang itu dengan lengkap dalam dua salinan dan menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang.

"Mereka juga dikehendaki menghantar dua borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan," katanya.

Kata kenyataan itu, bagi mana-mana individu yang langsung tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau rangkaian internet pula, mereka dikehendaki menghubungi balai polis berdekatan untuk membuat temu janji bagi mengisi borang 'Permit Pergerakan PKP yang disediakan.

Kenyataan itu turut mengingatkan, pengecualian pergerakan rentas negeri menggunakan aplikasi Gerak Malaysia hanya dibenarkan untuk dua kategori individu.

"Orang ramai yang terkandas di kampung atau tempat lain untuk pulang semula ke rumah masing-masing dan bagi mereka yang hendak kembali ke tempat kerja saja.

"Orang ramai dinasihatkan memuat turun aplikasi terkini Gerak Malaysia versi 2.0 di Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mei 2020 @ 11:16 PM