Hazira Ahmad Zaidi


MESKIPUN masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ramadan tetap disambut meraih umat Islam di Kelantan.

Tinjauan di Pasar Besar Siti Khadijah di Kota Bharu mendapati, orang ramai mula berkunjung pasar utama itu sejak 8 pagi hari ini untuk membeli barang keperluan dan menambah stok makanan.

Suri rumah, Aminah Muhamed, 44, berkata, walaupun Ramadan kali ini tidak seperti tahun sebelumnya, dia tetap bersiap untuk Ramadan seperti biasa.

"Istimewa Ramadan ini, ke pasar pun kena amalkan penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut serta tidak lagi menunggu bazar Ramadan dibuka.

"Kena masak sendiri, jadi semua barang keperluan perlu dipersiapkan awal. Tapi saya beli barang ikut keperluan, tidaklah sampai perlu buat pembelian panik," katanya ketika ditemui.

DBKL menyita barangan penjual sayur warga asing di sekitar Jalan Raja Bot, Jalan Haji Hussein 3, Kuala Lumpur, hari ini.  FOTO Ihsan DBKL.
DBKL menyita barangan penjual sayur warga asing di sekitar Jalan Raja Bot, Jalan Haji Hussein 3, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Ihsan DBKL.

Bagi peniaga sayur-sayuran, Nor Atilah Mat Zain, 24, berkata, pengunjung pasar semalam lebih ramai berbanding hari sebelumnya mungkin disebabkan orang ramai membuat persiapan Ramadan.

"Sebelum ini, pasar memang lengang tapi hari ini ramai pula. Alhamdulillah, saya pun tidak menang tangan melayani mereka.

"Harga sayur ada naik turunnya dan bekalan pun susah dapat. Jadi saya jual apa yang ada untuk pembeli, tidak hadkan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2020 @ 6:24 PM