DATUK Jasvir Singh Ram Singh mengambil langkah proaktif  dengan menyumbangan lima unit tandas bergerak di beberspa lokasi sekatan jalan raya di daerah Bentong. FOTO Roselan Ab Malek
DATUK Jasvir Singh Ram Singh mengambil langkah proaktif dengan menyumbangan lima unit tandas bergerak di beberspa lokasi sekatan jalan raya di daerah Bentong. FOTO Roselan Ab Malek
Roselan Ab Malek


LIMA tandas mudah alih disumbang untuk kegunaan pasukan petugas hadapan sepanjang operasi sekatan jalan raya di daerah ini.

Ia sumbangan Ahli Majlis Perbandaran Bentong Datuk Jasvir Singh Ram Singh.

Kemudahan itu disediakan masing-masing seunit di sekatan jalan raya Batu 4, berhampiran Kilang Lee Rubber, Benus dan dua di Kampung Chinta Manis.

“Selain doktor dan petugas kesihatan, anggota polis dan tentera turut bertungkus-lumus mengawal pergerakan orang ramai.

“Ketika kita tidur lena, mereka berada di luar melakukan rondaan dan mengawal sekatan jalan raya,” katanya.

TANDAS bergerak buat pasukan petugas barisan hadapan. FOTO Roselan Ab Malek
TANDAS bergerak buat pasukan petugas barisan hadapan. FOTO Roselan Ab Malek

Jasvir berkata, sumbangan tandas mudah alih itu penting bagi memberi keselesaan kepada anggota polis dan tentera yang bertugas.

Penyerahan tandas mudah alih itu disempurnakan Pegawai Daerah Bentong Datuk Mohd Zulkifli Hashim.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusof Unis.

Sementara itu, Yusof berterima kasih di atas sumbangan berkenaan.

“Sekatan jalan raya dibuat untuk tempoh panjang dan kemudahan tandas ini memberi kelegaan kepada anggota bertugas,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2020 @ 4:23 PM