ANTARA barang dirampas daripada suspek pecah kedai makan di Taman Rekreasi Bahau dan keadaan pintu kedai yang dipecah suspek. FOTO Abnor Hamizam
ANTARA barang dirampas daripada suspek pecah kedai makan di Taman Rekreasi Bahau dan keadaan pintu kedai yang dipecah suspek. FOTO Abnor Hamizam
Abnor Hamizam Abd Manap


DUA lelaki ditahan ketika memecahkan kedai makan tidak beroperasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Taman Rekreasi Bahau, Jempol, 1 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, kejadian itu disedari seorang pengawal keselamatan bertugas berhampiran premis berkenaan.

Beliau berkata, pengawal berkenaan terlihat dua suspek sedang memecah pintu kayu kedai sebelum menghubungi polis.

“Suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri dengan motosikal, namun berjaya ditangkap.

“Polis menemui perkakasan untuk pecah kedai selain motosikal digunakan suspek dilaporkan hilang di Kuantan pada 28 Mac lalu,” katanya.

Mohd Khairiel berkata, pihaknya merampas pemotong dawai (cutter), tukul besi, pembuka skru dan sejumlah wang tunai daripada dua suspek terbabit.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek turut mempunyai pelbagai rekod lampau antaranya kes dadah, curi kenderaan dan mendatangkan kecederaan.

Menurutnya, suspek direman tujuh hari sehingga 14 April depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 2:26 PM