MOHD AMAR NIK ABDULLAH
MOHD AMAR NIK ABDULLAH
Siti Rohana Idris


KERAJAAN Kelantan belum mempunyai perancangan untuk mengadakan bazar Ramadan di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini beliau dimaklumkan sedemikian memandangkan situasi sekarang sukar dikawal berikutan penularan wabak Covid-19.

“Setakat ini yang dimaklumkan memang tiada perancangan untuk mengadakan bazar Ramadan.

“Dari segi keselamatan (pengunjung), memang sukar dikawal,” katanya.

Ketika ditanya mengenai jumlah peniaga yang sudah mendaftar untuk berniaga di bazar Ramadan, Mohd Amar berkata, beliau menjawab tidak memiliki senarai terbabit.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2020 @ 5:06 PM