GUNUNG Kinabalu. FOTO Arkib NSTP
GUNUNG Kinabalu. FOTO Arkib NSTP
Juwan Riduan

SEMUA fasiliti di Gunung Kinabalu dan pulau-pulau di Taman-Taman Sabah (TTS) ditutup sehingga 31 Mac ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr Jamili Nais berkata, langkah itu sejajar dengan keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan bermula esok.

“Sejajar dengan langkah di ambil kerajaan untuk membendung penularan Covid-19, semua fasiliti membabitkan gunung serta pulau di bawah pentadbiran TTS ditutup,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Pusat Konservatif Beruang Matahari Borneo di Gumantong, Sandakan dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi turut ditutup sehingga 31 Mac ini.

“Hanya kakitangan yang dibenarkan untuk melakukan aktiviti membersih dan memberi makanan kepada haiwan di taman berkenaan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2020 @ 6:01 PM