AHLI Parlimen Sarikei Wong Ling Biu. FOTO arkib NSTP
AHLI Parlimen Sarikei Wong Ling Biu. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

AHLI Parlimen Sarikei Wong Ling Biu dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) bagi Covid-19.

Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing ketika dihubungi Bernama semalam mengesahkan bahawa Wong dimasukkan ke hospital sebagai PUI.

Wong yang masih ditahan di hospital, dikatakan menghadiri beberapa mesyuarat politik di Kuala Lumpur dari 29 Februari hingga minggu lalu susulan kemelut politik yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew ketika dihubungi berkata beliau bukan dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 sebaliknya radang paru-paru.

“Hospital kini menahannya sebagai PUI,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2020 @ 12:31 PM