GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Raja Noraina Raja Rahim


KETUA ‘Geng Botak’ yang disyaki terbabit kes pecah pejabat ditahan polis di Subang Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 31 tahun itu pada 10 malam.

Menurutnya, polis menerima maklumat daripada orang awam selepas gambarnya disiarkan media.

“Geng itu dianggotai sembilan orang dengan diketuai suspek. Mereka disyaki terbabit kes pecah pejabat syarikat pengedar alat telekomunikasi yang menyebabkan kerugian kira-kira RM600,000.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Nik Ezanee pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam memaklumkan, polis sudah menahan lapan ahli Geng Botak.

Beliau berkata, empat suspek ditahan berhampiran stesen minyak di daerah itu, pagi semalam manakala empat lagi suspek ditahan minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 12:07 PM