Lapangan Terbang Mulu.
Lapangan Terbang Mulu.
Mohd Roji Kawi


PELANCONG dari Kanada yang memasuki Sarawak melalui Lapangan Terbang Mulu diletakkan di bawah Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI), hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, pelancong lelaki itu antara tujuh kes PUI terbaru di Sarawak.

Menurutnya, pelancong lelaki itu segera dirujuk ke Hospital Miri.

“Hospital Umum Sarawak (HUS) merekodkan tiga PUI hari ini, Hospital Bintulu (2), Hospital Sibu (1) dan Hospital Miri (1),” katanya.

Katanya, tujuh kes terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes PUI di Sarawak dari 10 Januari hingga hari ini berjumlah 67.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Februari 2020 @ 10:08 PM