Sri Ayu Kartika Amri


“SAYA terkejut mengenai insiden ini dan takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga mangsa yang terkorban,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ucapan takziah itu berikutan insiden tembakan rambang oleh seorang askar di sebuah pusat beli-belah di bandar Nakhon Ratchasima, Bangkok, semalam.

Suspek dikatakan melepaskan tembakan rambang pada 3 petang (waktu tempatan), dari dalam sebuah rumah.

Reuters melaporkan sekurang-kurangnya 31 cedera dan dikejarkan ke hospital.

“Saya mendoakan mereka selamat dan kepada mangsa yang cedera, diharap mereka kuat dalam mengharungi ujian ini.

“Saya juga mendoakan mangsa yang cedera supaya segera sembuh,” katanya ketika ditemui pada program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Thailand dalam mengharungi yang mengakibatkan kematian 21 mangsa.

Berita berkaitan

Suspek ditembak mati, lapan selamat

Penembak menyorok di pusat beli-belah

10 terbunuh, tentera Thailand mengamuk

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Februari 2020 @ 1:52 PM