Sohbiullah Guramia. FOTO IHSAN PDRM JOHOR
Sohbiullah Guramia. FOTO IHSAN PDRM JOHOR
Omar Ahmad

POLIS meminta bantuan orang ramai mengesan sorang lelaki warganegara Myanmar bagi membantu siasatan membabitkan kes membuat laporan palsu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Suprintendan Ashmon Bajah berkata, lelaki itu dikenali sebagai Sohbiullah Guramia berumur 24 tahun daripada etnik Rohingya.

Menurutnya, mereka giat mengesan penama ini yang menjadi saksi bagi membantu satu perbicaraan kes yang sedang berlangsung di Mahkamah Majistret Kota Tinggi berkaitan Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Penama juga adalah pemegang Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bernombor 471-16C00559.

“Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat yang berkaitan dengan penama ini boleh menghubungi Inspektor Zulkharnain Abdul di talian 017-6747467 atau 07-8831222, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis daerah Kota Tinggi atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan“, katanya dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Februari 2020 @ 4:38 PM