ORANG memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah awal mencegah daripada jangkitan koronavirus. FOTO Mustaffa Kamal.
ORANG memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah awal mencegah daripada jangkitan koronavirus. FOTO Mustaffa Kamal.
Ahmad Rabiul Zulkifli


TERENGGANU disahkan bebas daripada sebarang kes koronavirus baharu atau 2019-nCoV, setakat ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, penduduk diminta sentiasa berwaspada dan mendapat rawatan awal jika ada tanda dijangkiti penyakit itu.

“Memang tiada kes dilaporkan di negeri ini tetapi penduduk tetap perlu berhati-hati kerana virus ini sangat merbahaya, mudah berjangkit melalui udara, sentuhan, batuk dan selesema.

“Mereka yang mengalami sakit tekak dan kerongkong, menghadapi kesukaran untuk menelan makanan, lesu, pucat dan mengalami degupan jantung yang pantas, diminta segera mendapatkan rawatan,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Alias berkata, kerajaan negeri sudah mengarahkan Jabatan Kesihatan, hospital dan semua klinik kesihatan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan

“Kerajaan akan mempertimbangkan sekatan sementara terhadap kemasukan pelancong dari China, selain melakukan saringan kesihatan dengan lebih ketat.

“Penularan wabak ini menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 6:09 PM