RUMAH Hamid sedang dibersihkan kakitangan Plus Tol Lukut di rumahnya di Meranti, Bandar Springhill, Port Dickson. FOTOMOHD KHIDIR ZAKARIA
RUMAH Hamid sedang dibersihkan kakitangan Plus Tol Lukut di rumahnya di Meranti, Bandar Springhill, Port Dickson. FOTOMOHD KHIDIR ZAKARIA
Mohd Khidir Zakaria

LELAKI terharu apabila rumahnya dibersihkan dan diberi sumbangan daripada kakitangan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Tol Lukut di Meranti, Bandar Springhill, Port Dickson, hari ini.

Lelaki terbabit, Hamid Taib, 62, sebelum ini kisahnya hidup seorang diri pernah disiarkan dalam portal berita Harian Metro pada hujung tahun lalu.

“Sejak kisah saya tersiar, banyak pihak dan orang perseorangan datang menghulurkan bantuan. Terima kasih Harian Metro, mungkin saya tak perlu tinggal di rumah kebajikan orang tua seperti kenyataan saya sebelum ini kerana sudah dapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

“Hari ini, saya sangat gembira dan terharu apabila pihak PLUS Tol Lukut datang membersihkan rumah dan memberikan sumbangan barangan makanan dan duit, terima kasih atas prihatin mereka," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Penyelia PLUS Tol Lukut, Mohd Nor Ibrahim berkata, pihaknya amat simpati dengan nasib lelaki berkenaan selepas terbaca kisahnya dalam akhbar Harian Metro.

“Kebetulan seorang kakitangan kami tinggal tidak jauh dari rumah lelaki itu dan dia mencadangkan agar program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kakitangan PLUS Tol Lukut dilakukan di rumah ini.

“Ini sumbangan kecil kami buat kebetulan rumahnya tidak jauh dari lokasi kami bekerja. Diharapkan dengan bantuan ini, sedikit sebanyak membantu meringankan beban pakcik Hamid yang tinggal keseorangan," katanya.

PENYELIA Plus Tol Lukut, Mohd Nor Ibrahim ( kiri) ketika menyampaikan sumbangan kepada warga emas, Hamid (kanan) yang tinggal keseorangan di rumahnya di Meranti, Bandar Springhill, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA

Berita berkaitan

'Biar aku tinggal rumah orang tua'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 6:32 PM