Mohd Hafizee Mohd Arop


PASANGAN warga emas maut selepas kediaman mereka di Apartment Taman Meru Impiana, Ipoh terbakar, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 3.40 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya kemudiannya diarahkan ke lokasi kejadian.

KEADAAN di Apartment Taman Meru Impiana, Ipoh yang terbakar pada 3.40 pagi ini. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN di Apartment Taman Meru Impiana, Ipoh yang terbakar pada 3.40 pagi ini. FOTO Ihsan Bomba

“Kebakaran membabitkan dua apartment di tingkat bawah.

“Terdapat dua mangsa disahkan maut dan operasi pemadaman serta membawa keluar mangsa masih dijalankan,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 November 2019 @ 7:07 AM