ANGGOTA bomba sedang giat mencari kanak-kanak yang di dikhuatiri lemas selepas terjatuh longkang ketika bermain bersama rakannya di Bukit Permai.
ANGGOTA bomba sedang giat mencari kanak-kanak yang di dikhuatiri lemas selepas terjatuh longkang ketika bermain bersama rakannya di Bukit Permai.
Khairul Najib Asarulah Khan


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) Mohamad Danish Supri Antony, 9, yang dihanyut arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bukit Permai, Ampang sejak Selasa lalu masih belum menemui sebarang petunjuk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan, Mohd Faizal Md Zain berkata, setakat ini tiada sebarang petunjuk ditemui dalam operasi SAR mencari mangsa yang dikhuatiri lemas sejak empat hari lalu.

Katanya, pihaknya juga sudah mengecilkan skop pencarian dan tumpuan beralih pada kawasan selian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) masing-masing mengikut aliran Sungai Kerayong dan Sungai Klang.

“Kita juga sudah memberi penjelasan pada keluarga mangsa termasuk tindakan susulan dalam operasi terbabit.

“Operasi hari ini dimulakan 9 pagi tadi sehingga 2 petang dikawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro pada Selasa lalu, melaporkan kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras sebaik terjatuh ke dalam longkang ketika bermain bersama beberapa rakannya.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 petang, menggerakkan pasukan dari BBP Pandan Indah ke lokasi itu untuk operasi SAR.

Berita berkaitan:

  • Mahu sambut hari lahir dengan badut
  • Tumpu 2 kawasan [METROTV]
  • Budak 9 tahun dikhuatiri lemas
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 10:46 AM