ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah teres di Lorong Makmur 1, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, awal pagi tadi. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah teres di Lorong Makmur 1, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, awal pagi tadi. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


RUMAH teres di Lorong Makmur 1, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran, awal pagi, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.48 tengah malam.

“Seramai 14 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dan BBP Pudu dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati rumah berkenaan sedang terbakar sebelum kebakaran itu berjaya dikawal 1 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan rumah teres berkenaan musnah 100 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Oktober 2019 @ 9:33 AM