FOTO Hiasan. Arkib NSTP
FOTO Hiasan. Arkib NSTP
Nur Lela Zulkipli


SIASATAN berhubung kes gangguan rangkaian operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ogos lalu sudah berada di peringkat akhir.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya kini hanya menunggu laporan teknikal daripada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity) dan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita akan lihat sama ada wujud sabotaj dalam kes itu atau sebaliknya.

“Kita berharap dapat menyelesaikan siasatan ini secepat mungkin,” katanya pada sidang media di IPK Selangor hari ini.

Beliau berkata, setakat ini 70 individu sudah dirakam keterangannya.

“Tiada tangkapan baharu selepas tiga individu sebelum ini yang dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Pada 21 Ogos lalu, kegagalan sistem Sistem Pengurusan Keseluruhan Lapangan Terbang (TAMS) di KLIA menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.

Dalam perkembangan berlainan, Noor Azam memaklumkan kertas siasatan berhubung kes Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang didakwa terbabit dalam kes rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan Arena All Stars, Taman Dagang Permai, Ampang, sebelum ini sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu ini.

Berita berkaitan

12 orang beri keterangan isu KLIA

Polis akan siasat vendor KLIA, klia2

Sedia siasat gangguan sistem di KLIA

Kegagalan sistem di KLIA berniat jahat?

Selidik kenapa KLIA 'breakdown'-Tun M

KLIA sudah pulih! [METROTV]

KLIA terus alami gangguan sistem

Siasat sebab TAMS kacau

Apa sudah jadi KLIA?

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 September 2019 @ 5:50 PM