CALON UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Green Road Kuching mengaminkan doa sebelum memasuki dewan peperiksaan, hari ini. FOTO Mohd Radzi Bujang.
CALON UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Green Road Kuching mengaminkan doa sebelum memasuki dewan peperiksaan, hari ini. FOTO Mohd Radzi Bujang.
Mahaizura Abd Malik


PIHAK sekolah boleh menangguhkan sesi persekolahan jika tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing melebihi 200 iaitu sangat tidak sihat.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesihatan murid dan pelajar harus diutamakan kerana terdedah kepada persekitaran udara yang tercemar boleh memudaratkan kesihatan.

“Guru besar dan pengetua boleh mengambil tindakan, tutup sekolah jika IPU melebihi paras 200,” katanya dalam satu hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Beliau turut berkongsi langkah yang perlu diambil orang ramai semasa menghadapi bencana jerebu.

“Kurangkan aktiviti luar dan cuba berada dalam bangunan. Jika terpaksa keluar rumah, pastikan memakai penutup muka sesuai seperti P100 dan N95.

“Pastikan udara di dalam rumah atau bangunan bersih dan kurangkan sumber pencemaran seperti asap rokok.

“Amalkan kebersihan dengan membasuh muka dan tangan dengan air bersih dan sabun selepas melakukan aktiviti luar,” katanya.

Dr Noor Hisham juga menyarankan pilihan mode kitaran udara dalaman semasa menggunakan penghawa dingin selain minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 September 2019 @ 4:31 PM