PENGAWAL keselamatan SKJ Chuang Hua No 4 di Kuching  menutup pagar sekolah selepas diberi cuti berikutan jerebu. FOTO Hazreen Mohamad
PENGAWAL keselamatan SKJ Chuang Hua No 4 di Kuching menutup pagar sekolah selepas diberi cuti berikutan jerebu. FOTO Hazreen Mohamad
Mohd Roji Kawi


SEBANYAK 275 sekolah di lima daerah di Sarawak, ditutup hari ini, susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap sangat tidak sihat, sejak petang semalam.

Daripada jumlah itu, 219 adalah sekolah rendah, manakala 56 lagi sekolah menengah.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, berdasarkan sumber Jabatan Pendidikan Negeri, Padawan mencatat jumlah tertinggi dengan 96 sekolah.

Beliau berkata, Kuching pula mencatatkan 79 sekolah ditutup, Betong (44), Sri Aman (41), Serian (13) manakala Samarahan (2).

“Di Kuching, 26 sekolah menengah dan 53 sekolah rendah ditutup, Samarahan hanya dua sekolah menengah, Padawan 18 sekolah menengah dan 78 sekolah rendah.

“Di Serian, ia hanya membabitkan 13 sekolah rendah, Sri Aman lima sekolah menengah dan 36 sekolah rendah, manakala Betong lima sekolah menengah serta 39 sekolah rendah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, IPU di Kuching terus menurun pada jam 10 pagi ini dengan bacaan terkini 149.

Samarahan turut menurun kepada 122 dan kualiti udara di Sri Aman juga kini berada di tahap tidak sihat dengan bacaan 192.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 September 2019 @ 11:11 AM