FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Bogota: Malang nasib seorang remaja lelaki berusia 13 tahun apabila dipaksa teman wanita bapanya untuk melakukan hubungan seks dengan anjing.

Daily Star melaporkan, tindakan itu dikenakan sebagai hukuman terhadap remaja berkenaan kerana enggan melakukan kerja diarahkan teman wanita bapanya.

Ibu kanak-kanak sedar ada yang tidak kena selepas melihat anaknya berkelakuan pelik sebelum mangsa berterus terang mengenai hal sebenar.

Susulan itu, ibu mangsa ke balai polis untuk membuat aduan mengenai perbuatan suspek berusia 41 tahun itu.

Suspek ditahan di perbandaran Rionegro dekat timur laut Colombia, baru-baru ini.

Komander Polis Metropolitan Bucaramanga Jose Jaramillo memaklumkan hasil siasatan mendapati suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengan anjing peliharaannya.

"Perkara itu terbongkar selepas mangsa mula menunjukkan tingkah laku pelik.

"Keluarganya segera datang kepada kami dan kakitangan penyiasat bahagian kanak-kanak dan remaja berjaya mendapatkan semua bahan bukti.

"Waran tangkap kemudian dikeluarkan untuk menahan suspek berusia 41 tahun," katanya.

Remaja bawah umur itu dikatakan berada dalam keadaan emosi tidak stabil selepas dilaporkan mengalami penderaan berkali-kali oleh suspek.

"Tidak boleh diterima. Seorang wanita berusia 41 tahun dilaporkan menyebabkan seorang kanak-kanak didera.

"Kami menangkapnya kerana jenayah ganas yang lebih teruk," kata Polis Metropolitan Bucaramanga dalam satu kenyataan.

Suspek didakwa dengan jenayah berat, akses dan lain-lain kesalahan yang tidak dinyatakan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2022 @ 2:15 PM