FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Hamzah Osman


KEGEMBIRAAN lima sahabat warga Pakistan mandi-manda berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka hilang dan dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, semalam.

Mangsa dikatakan ke pantai itu bersama rakannya kira-kira 8 malam.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.22 malam.

“Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Reduan Md Edar dikejarkan ke lokasi.

“Bomba dimaklumkan seorang lelaki warga Pakistan yang datang ke pantai itu bersama empat rakannya untuk mandi, dikhuatiri lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamani berkata, operasi pencarian turut dilakukan di pesisir pantai dengan bantuan Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Gerakan mencari mangsa masih berlangsung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 10:11 AM