BOMBA memeriksa siling rumah sebelum menemui bangkai tikus (gambar kanan). FOTO IHSAN JBPM
BOMBA memeriksa siling rumah sebelum menemui bangkai tikus (gambar kanan). FOTO IHSAN JBPM
Mohd Roji Kawi


TIDAK tahan bau busuk menusuk dalam sebuah rumah di Taman Vision Land, Tondong, Bau, pemilik rumah membuat panggilan kecemasan meminta bantuan bomba mengenal pasti kehadiran bau itu.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau kemudian dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 7.17 malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, penghuninya mengadu tidak tahan bau busuk itu.

“Anggota kami memeriksa setiap sudut rumah dan akhirnya menemui punca bau busuk disebabkan bangkai seekor tikus di siling rumah.

“Anggota mengambil bangkai dan membuangnya sebelum kembali ke balai,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 8:17 AM