Kuala Terengganu
Kuala Terengganu
Hanneeyzah Bariah Baharin


MEREKA yang berisiko terutama penghidap asma dinasihatkan mengambil langkah pencegahan bagi mengelak masalah kesihatan berikutan jerebu yang melanda bandar raya ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata, orang ramai juga dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta memakai penutup hidung sekiranya perlu berada di luar bangunan bagi mengelak risiko masalah kesihatan berkaitan pernafasan dan penyakit konjuntivitis (mata).

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima peningkatan kes berkaitan masalah pernafasan seperti asma atau penyakit mata iaitu yang paling sinonim akibat jerebu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan akibat jerebu diminta segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran bagi mengelak risiko lebih buruk sekiranya lewat mendapatkan rawatan.

Putrajaya
Putrajaya

“Semua hospital dan klinik kesihatan di negeri ini diingatkan untuk meningkatkan pemantauan dan pemerhatian terhadap kes akibat jerebu seperti asma dan sakit mata.

“Jika ada pesakit yang datang mendapatkan rawatan berkaitan masalah jerebu, rawatan segera akan diberikan kerana kami menjangkakan pencemaran udara ini akan menyebabkan peningkatan kes serangan asma kepada mereka yang berisiko.

“Selain itu, kami juga ingin mengingatkan orang ramai supaya banyak minum air kosong bagi mengekalkan kadar hidrasi, sekali gus mengawal atur suhu badan dan mengelak masalah kesihatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehingga jam 1 tengah hari semalam, laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Terengganu pada tahap tidak sihat dengan bacaan tertinggi 114.

Georgetown
Georgetown

Kuala Lunmpur
Kuala Lunmpur

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 4:31 AM