PENGAWAL sekolah SK Kampung Johan Setia, K Baskaran menunjukkan notis penutupan sekolah susulan jerebu.
PENGAWAL sekolah SK Kampung Johan Setia, K Baskaran menunjukkan notis penutupan sekolah susulan jerebu.
KEADAAN bandaraya   Kuala Lumpur diselubungi jerebu.
KEADAAN bandaraya Kuala Lumpur diselubungi jerebu.
ANGGOTA Manggala Agni Indonesia  berusaha memadamkan kebakaran ladang sawit di Pekanbaru, Riau, Indonesia.
ANGGOTA Manggala Agni Indonesia berusaha memadamkan kebakaran ladang sawit di Pekanbaru, Riau, Indonesia.
Izlaily Nurul Ain Hussein


SITUASI jerebu akibat kesan pembakaran di Indonesia semakin serius apabila titik panas di Kalimantan, Indonesia didapati meningkat kepada 1,188 semalam.

Berdasarkan analisis data satelit yang direkodkan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) mendapati wujudnya 754 titik panas di Kalimantan kelmarin.

Susulan itu pihak kerajaan mengambil langkah melakukan proses pembenihan awan sebagai penyelesaian menangani masalah jerebu di Sarawak bermula semalam.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, agensi berkaitan sudah berada di negeri berkenaan untuk tujuan pemantauan dan pemeriksaan sebelum proses pembenihan awan diputuskan.

GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO NSTP

“Langkah untuk menangani masalah jerebu yang kita putuskan pada Mesyuarat Kabinet semalam (kelmarin) adalah menjalankan proses pembenihan awan.

“Kerajaan dengan agensi kerajaan berkaitan sudah bersiap siaga di Sarawak. Jika keadaan cuaca dan awan sesuai untuk proses berkenaan...kita akan mulakan proses.

“Mereka sedang lihat, sesuai atau tidak, operasi akan dilakukan apabila situasi sesuai,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Hari Inovasi Kejuruteraan - Industri UTM 2019 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, semalam.

Beliau berkata, proses pembenihan awan akan dibuat di Sarawak berikutan keadaan jerebu negeri itu lebih banyak dipengaruhi jerebu dari Kalimantan.

“Di Sarawak, banyak dipengaruhi dengan jerebu dari Kalimantan. Jika melihat hotspot (titik panas) di Kalimantan sudah meningkat kepada 1,188 hari ini (semalam), bermakna kemungkinan besar keadaan jerebu di Sarawak juga akan bertambah serius berbanding semalam (kelmarin),” katanya.

KAWASAN perladangan sawit di Pekanbaru, Riau terus terbakar.
KAWASAN perladangan sawit di Pekanbaru, Riau terus terbakar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 September 2019 @ 6:20 AM