PENGHUNI Blok F, Pangsapuri Taman Keramat Permai ditempatkan di PPS SMK Taman Keramat selepas kediaman mereka mengalami keretakan dan diarahkan berpindah. FOTO Rosdan Wahid.
PENGHUNI Blok F, Pangsapuri Taman Keramat Permai ditempatkan di PPS SMK Taman Keramat selepas kediaman mereka mengalami keretakan dan diarahkan berpindah. FOTO Rosdan Wahid.
Mohd Rizal Abdullah


“SEKIRANYA pangsapuri ini disahkan tidak selamat, saya tidak mempunyai tempat lain boleh dituju kerana inilah satu-satunya rumah saya,” luah Khawari Manaf yang juga penghuni Blok F di Pangsapuri Taman Keramat Permai, Ampang.

Khawari, 53, antara 222 penghuni yang diarahkan berpindah akibat keretakan teruk pada pangsapuri berusia 34 tahun itu.

Bapa kepada lima anak itu berkata, disebabkan itu, dia dan keluarga terpaksa menumpang di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Keramat bersama keluarganya.

“Saya gusar memikirkan tempat ingin dituju kerana inilah satu-satunya rumah saya sejak 33 tahun lalu.

“Untuk menyewa rumah, saya memerlukan tambahan perbelanjaan antara RM600 sehingga RM1,000 sebulan iaitu jumlah tinggi tambahan tiga anak masih di bawah tanggungan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Luahan sama turut dikongsi penghuni lain, Jamaluddin Ahmad, 48, yang turut runsing memikirkan nasibnya dan jiran mengenai status pangsapuri itu.

“Semua penduduk sebenarnya bersepakat tidak mahu berpindah dan ingin kekal menetap di sini kerana kami akan berdepan pelbagai masalah terutama membabitkan kewangan.

“Sekiranya ada tawaran rumah baru daripada pihak berkenaan, ia amat menenangkan hati kami, namun, diharap rumah itu berada di kawasan yang berhampiran lokasi ini,” katanya.

Terdahulu, semua penghuni di pangsapuri itu diarahkan berpindah sejurus pemeriksaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Bahagian Struktur Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jumaat lalu.

Status keselamatan pangsapuri ini dijangka diperoleh dalam tempoh tiga hari sama ada boleh didiami atau

Berita berkaitan

'Kumpul data, nilai tahap keretakan'

'Retak sampai nampak rumah bawah'

'Mula pemeriksaan lanjut'

'Hidup dalam ketakutan'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 6:37 PM