WARGA emas maut apabila kenderaan dinaiki belanggar dengan lori. FOTO Ihsan Bomba
WARGA emas maut apabila kenderaan dinaiki belanggar dengan lori. FOTO Ihsan Bomba
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


WARGA emas maut apabila kenderaan yang dinaiki berlanggar dengan lori yang membawa muatan tong gas cecair petroleum (LPG) di Jalan Beruas-Padang Gajah, Trong, Taiping, tengah hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Taiping berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu 12.16 tengah hari dan segera ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati mangsa berusia 69 tahun tersepit di tempat duduk pemandu kereta Proton Waja dinaiki dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan Shariff Aziz itu tamat pada 1.15 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2019 @ 7:10 PM