KENDERAAN unit kejuruteraan MAHB dipandu Mohd Ruzaimi berlanggar dengan pesawat, pada 3.20 pagi. Foto Ihsan Pembaca
KENDERAAN unit kejuruteraan MAHB dipandu Mohd Ruzaimi berlanggar dengan pesawat, pada 3.20 pagi. Foto Ihsan Pembaca
Mohd Husni Mohd Noor


LAPORAN awal siasatan insiden kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 18 Mac lalu mendapati kereta pengiring jenis Perodua Kembara yang dipandu mangsa berada dalam keadaan statik tanpa sebab di kawasan landasan, ketika pendaratan pesawat dilakukan.

Perkara itu didedahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika mengumumkan laporan awal insiden yang meragut nyawa juruteknik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39.

Berdasarkan laporan awal berkenaan, Loke berkata, apabila pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-TST itu terbang rendah dan mendekati kawasan pendaratan, ketua pekerja-pekerja kontrak menyedari terdapat pesawat akan mendarat selepas ternampak lampu pendaratan mendekati mereka.

"Khuatir dengan keselamatan mereka, ketiga-tiga pekerja kontrak berkenaan terus menaiki kenderaan mereka dan bergerak menjauhi kawasan landasan.

"Bagaimanapun, selepas membuat pusingan 180 darjah, pemandu kenderaan menyedari kenderaan pengiring yang dipandu mangsa masih statik di posisi yang sama iaitu di atas landasan. Saksi memaklumkan, mereka sudah memancarkan lampu tinggi kenderaan beberapa kali untuk menarik perhatian mangsa, namun tiada respon dilihat dari kenderaan pengiring itu.

“Ketika pesawat itu mendekati mereka, pemandu kenderaan kontrak memandu kenderaannya menjauhi landasan dan berhenti di taxiway Foxtrot untuk memberi laluan kepada pesawat untuk mendarat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2019 @ 2:14 PM