SEBUAH surau di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
SEBUAH surau di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


SURAU di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 5.51 pagi tadi.

“Seramai 35 anggota bersama tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Seputeh dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak sebelum kebakaran itu berjaya dikawal 6.28 pagi tadi. Api berjaya dipadam sepenuhnya 7.18 pagi,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan surau berkenaan musnah kira-kira 80 peratus.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 9:48 AM